APE!!... BAHAN KIMIA(DIOKSIN)TERKANDUNG DALAM TUALA WANITA...



Mungkin ada dikalangan anda yang masih mengingati kes ratusan Tampon yang dikaitkan dengan "Toxic Shock Syndrome"(TSS) sekitar awal tahun 80-an.Sejak daripada itu amaran telah diedarkan dalam setiap kotak tampon dan produk keselamatan haid.Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat(EPA)telah menamakan Dioksin sebagai Karsinogen(Bahan Penyebab Kanser)paling bahaya yang diketahui oleh sains.Dalam ujian di luar negara,tuala wanita didapati mengandungi hampir 400 bahagian per trilion(bpt) dioksin.Biarpun paras tersebut terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan kajian menunkjukkan dioksin boleh berpindah dengan mudah melalui produk kertas.



Secara purata wanita menggunakan kira-kira 15 ribu tuala wanita sepanjang hayatnya.Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan di dalam sel lemak boleh berkumpul dan membawa maut.Dioksin terbentuk melalui pembakaran bahan kimia asas iaitu klorin dengan hidrokarbon.Sumber utama Dioksin dalam Alam Sekitar datang dari insinerator pembakaran bahan buangan,juga dari pembakaran terbuka.Ia juga dikaitkan dengan KILANG KERTAS yang menggunakan pelunturan TOKSIN dalam proses mereka.selain itu dioksin juga dapat diperoleh daripada DIET.

Laporan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar(EPA)mengesahkan DIOKSIN boleh membawa mudarat KANSER kepada manusia.Tidak diketahui 'dos selamat' dimana dioksin tidak menyebabkan kanser.(EPA) juga melaporkan tidak ada paras 'Boleh Terima'terhadap pendedahan dioksin memandangkan ia bersifta kumulatif dan lamta disepaikan.
Bahaya sebenar datang dari sentuhan berulang.Memakai Tuala Wanita yang mengandungi DIOKSIN setiap kali haid sepanjang hayat,seseorang wanita tentu layak dimasukkan dalam kategori sentuhan berulang.

Selain KANSER,pendedahan terhadap dioksin juga boleh menyebabkan pertumbuhan yang teruk.Ia Juga diketahui berupaya merosakkan Sistem Imun dan menggangu Sistem Hormon.
Pendedahan dioksin pernah dikaitkan dengan Kecacatan kelahiran,Kemandulan,Keguguran dan Endometriosis(Darah Haid Melimpah).Bayangkan keadaan seorang wanita yang perlu 'Bersentuhan" dengan produk yang mungkin mengandungi Dioksin?..Sedangka bahagian "sulit" wanita sangat penting kerana fungsinya yang pelbagai,iaitu daripada saluran menyingkir Haid sehinggalah kepada saluran melahirkan anak.




                       Sistem Peranakan Wanita
  
Cara Dioksin Bertindak
Darah haid yang mengalir keluar dari rahim akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Gas Toksin (DIOKSIN) yang sedia terkandung dalam lapisan tuala wanita akan terbebas melalui proses pemeluapan,seterusnya DIOKSIN akan terus berhubung dengan kulit dan menyerap masuk ke dalam rahim melalui saluran uterus dimana akhirnya akan menyebabkan jangkitan.


No comments:

Post a Comment