BAHAN DALAM PENGHASILAN TUALA WANITA





Tuala Wanita diperbuat kebanyakannya dari gentian pulpa kayu,iaitu bahan yang sama untuk membuat ketas.Gentian ini kemudiannya digebukan untuk menjadikannya lebih menyerap dan lembut.Ia juga menjalani proses pelunturan atau pemutihan agar kelihatan "lebih Putih Daripada Putih".Sesetengah pengilang menggunakan Gas Klorin,Dioksida dan Hipoklorida untuk proses pemutihan ini.
Lapisan pelindung yang kalis lembapan dperbuat daripada plastik yang Anti lembapan seperti Polipropilena atau polietilena untuk mengurangkan kebocoran.Industri ini perlu menghasilkan tuala wanita yang putih kerana mereka tahu wanita akan mengaitkan putih dengan kebersihan dan kesucian.
Malangnya ramai wanita yang tidak sedar bahawa proses pemutihan inilah yang mengundang bahaya kerana ia berupaya menghasilkan Dioksin yang mengancam kesihatan.

No comments:

Post a Comment