PENGENALAN UMUM TENTANG TUALA WANITA

Wanita Sudah didatangi haid sejak permulaan masa,tetapi tuala wanita hanya diperkenalkan pada tahun 1921.Sejak itu,produk ini menjadi produk terlaris.
Oleh kerana semua wanita memerlukan tuala wanita demi kebersihan sewaktu haid,industri produk ini amatlah meguntungkan.Ramai wanita tahu baha.a tuala wanita ini penting untuk kesihatan peribadi,namun tidak ramai tahu bahan-bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan tuala wanita ini.
Lebih-lebih lagi budaya kita yang malu-malu untuk memperkatakan tentang haid dan keperluan yang datang bersama dengan haid ini,kita tidak pernah pun bertanya pengilang soalan-soalan sebegini.Tidak mustahil jika ada yang mengambil kesempatan dan mereka berani menggunakan apa saja bahan dalam proses pembuatan tuala wanita ini tanpa sebarang pemantauan.

No comments:

Post a Comment