Wanita Sudah didatangi haid sejak permulaan masa,tetapi tuala wanita hanya diperkenalkan pada tahun 1921.Sejak itu,produk ini menjadi produk terlaris.
Oleh kerana semua wanita memerlukan tuala wanita demi kebersihan sewaktu haid,industri produk ini amatlah meguntungkan.Ramai wanita tahu baha.a tuala wanita ini penting untuk kesihatan peribadi,namun tidak ramai tahu bahan-bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan tuala wanita ini.
Lebih-lebih lagi budaya kita yang malu-malu untuk memperkatakan tentang haid dan keperluan yang datang bersama dengan haid ini,kita tidak pernah pun bertanya pengilang soalan-soalan sebegini.Tidak mustahil jika ada yang mengambil kesempatan dan mereka berani menggunakan apa saja bahan dalam proses pembuatan tuala wanita ini tanpa sebarang pemantauan.
BAHAN DALAM PENGHASILAN TUALA WANITA
Tuala Wanita diperbuat kebanyakannya dari gentian pulpa kayu,iaitu bahan yang sama untuk membuat ketas.Gentian ini kemudiannya digebukan untuk menjadikannya lebih menyerap dan lembut.Ia juga menjalani proses pelunturan atau pemutihan agar kelihatan "lebih Putih Daripada Putih".Sesetengah pengilang menggunakan Gas Klorin,Dioksida dan Hipoklorida untuk proses pemutihan ini.
Lapisan pelindung yang kalis lembapan dperbuat daripada plastik yang Anti lembapan seperti Polipropilena atau polietilena untuk mengurangkan kebocoran.Industri ini perlu menghasilkan tuala wanita yang putih kerana mereka tahu wanita akan mengaitkan putih dengan kebersihan dan kesucian.
Malangnya ramai wanita yang tidak sedar bahawa proses pemutihan inilah yang mengundang bahaya kerana ia berupaya menghasilkan Dioksin yang mengancam kesihatan.
APE!!... BAHAN KIMIA(DIOKSIN)TERKANDUNG DALAM TUALA WANITA...

Mungkin ada dikalangan anda yang masih mengingati kes ratusan Tampon yang dikaitkan dengan "Toxic Shock Syndrome"(TSS) sekitar awal tahun 80-an.Sejak daripada itu amaran telah diedarkan dalam setiap kotak tampon dan produk keselamatan haid.Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat(EPA)telah menamakan Dioksin sebagai Karsinogen(Bahan Penyebab Kanser)paling bahaya yang diketahui oleh sains.Dalam ujian di luar negara,tuala wanita didapati mengandungi hampir 400 bahagian per trilion(bpt) dioksin.Biarpun paras tersebut terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan kajian menunkjukkan dioksin boleh berpindah dengan mudah melalui produk kertas.
Secara purata wanita menggunakan kira-kira 15 ribu tuala wanita sepanjang hayatnya.Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan di dalam sel lemak boleh berkumpul dan membawa maut.Dioksin terbentuk melalui pembakaran bahan kimia asas iaitu klorin dengan hidrokarbon.Sumber utama Dioksin dalam Alam Sekitar datang dari insinerator pembakaran bahan buangan,juga dari pembakaran terbuka.Ia juga dikaitkan dengan KILANG KERTAS yang menggunakan pelunturan TOKSIN dalam proses mereka.selain itu dioksin juga dapat diperoleh daripada DIET.
Laporan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar(EPA)mengesahkan DIOKSIN boleh membawa mudarat KANSER kepada manusia.Tidak diketahui 'dos selamat' dimana dioksin tidak menyebabkan kanser.(EPA) juga melaporkan tidak ada paras 'Boleh Terima'terhadap pendedahan dioksin memandangkan ia bersifta kumulatif dan lamta disepaikan.
Bahaya sebenar datang dari sentuhan berulang.Memakai Tuala Wanita yang mengandungi DIOKSIN setiap kali haid sepanjang hayat,seseorang wanita tentu layak dimasukkan dalam kategori sentuhan berulang.
Selain KANSER,pendedahan terhadap dioksin juga boleh menyebabkan pertumbuhan yang teruk.Ia Juga diketahui berupaya merosakkan Sistem Imun dan menggangu Sistem Hormon.
Pendedahan dioksin pernah dikaitkan dengan Kecacatan kelahiran,Kemandulan,Keguguran dan Endometriosis(Darah Haid Melimpah).Bayangkan keadaan seorang wanita yang perlu 'Bersentuhan" dengan produk yang mungkin mengandungi Dioksin?..Sedangka bahagian "sulit" wanita sangat penting kerana fungsinya yang pelbagai,iaitu daripada saluran menyingkir Haid sehinggalah kepada saluran melahirkan anak.
Sistem Peranakan Wanita
Cara Dioksin Bertindak
Darah haid yang mengalir keluar dari rahim akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Gas Toksin (DIOKSIN) yang sedia terkandung dalam lapisan tuala wanita akan terbebas melalui proses pemeluapan,seterusnya DIOKSIN akan terus berhubung dengan kulit dan menyerap masuk ke dalam rahim melalui saluran uterus dimana akhirnya akan menyebabkan jangkitan.
KANSER SERVIK
Kanser servik merupakan kanser kedua pembunuh wanita di Malaysia. Malahan pada peringkat global, ia merupakan kanser kedua paling berbahaya selepas kanser payu dara yang sudah diketahui umum sebagai barah pembunuh utama wanita.
Kanser servik berlaku di dalam servik, iaitu bahagian rahim yang berbentuk kon. Ia terjadi apabila sel abnormal dalam lapisan servik membiak dengan tidak terkawal hasil tindak balas virus ‘human papillomavirus’ (HPV).
Sel servik yang tidak normal berkumpul dan membentuk gumpalan tumor. HPV adalah virus yang dekat dengan manusia. Ia virus biasa yang menjangkiti hampir separuh populasi dunia pada satu ketika dalam hidup mereka. Tetapi pada sesetengah orang HPV membawa kepada penderitaan yang sangat teruk. Mereka yang dijangkiti HPV jenis 16 dan 18 misalnya berhadapan 70 peratus risiko kanser servik.
Berdasarkan satu kajian, lebih 90 peratus wanita di Asia Selatan (India, Indonesia, Filipina dan Thailand) dijangkiti HPV terutama jenis 16 dan 18. Dalam kajian berasingan di Filipina dan Thailand pula, didapati hampir 90 peratus wanita yang menderita kanser servik dijangkiti virus sama.
Malah diseluruh dunia, 500,000 kes baru dilaporkan setiap tahun mengikut statistik tahun 2002 yang membawa kepada 275,000 kematian. Lebih 1,300 wanita didiagnos kanser servik dan lebih 750 wanita mati akibatnya setiap hari.
Di Malaysia, pada 2003, Daftar Barah Kebangsaan melaporkan jumlah kasar kes kanser servik sekitar 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini mencakupi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita. Manakala tahun sebelumnya, 1492 kes baru dicatatkan dengan 766 kematian.
Presiden Persatuan Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Abdul Aziz Yahya, berkata wanita perlu bersikap proaktif dalam usaha mengambil langkah melindungi diri daripada kanser servik.
“Kanser servik selalu dikaitkan dengan wanita yang aktif seks. Walaupun mungkin virus sudah lama berada dalam tubuh ia akan hanya muncul pada usia wanita itu mencapai usia antara 40 ke 50 tahun. Ini disebabkan jangkitan HPV tidak membawa kepada sebarang simptom,” katanya.
Justeru virus HPV menyerang separuh populasi dunia, seseorang itu boleh mengurangkan risiko jangkitan dengan tidak bertukar-tukar pasangan seks. Malah, jika digunakan dengan betul, kondom bukan saja membantu mencegah kehamilan tetapi juga mengurangkan risiko jangkitan HPV.
Jangkitan HPV juga boleh dikesan melalui ujian pap smear. Ia adalah ujian ringkas bagi mengesan sel servik abnormal. Pap smear boleh mengesan perubahan servik sebelum ia berkembang menjadi kanser.
Ujian ini berjaya mengurangkan kematian akibat kanser servik sejak mula diperkenalkan sekitar 1950. Buktinya, antara 1950 hingga 1970, bilangan kematian disebabkan kanser servik di Amerika berkurangan 70 peratus.
Bagaimanapun, ujian pap smear tidak sempurna. Adakala ia tidak menemui keabnormalan servik tetapi pemeriksaan yang kerap membantu wanita mengenai penjagaan kesihatan mereka. Kekerapan juga membawa kepada kepekaan kepada sebarang perubahan pada servik.
Di Malaysia, hanya 33 peratus wanita mendapatkan ujian pap smear. Selebihnya masih bersikap ‘tunggu dan lihat’ atau ‘rawat bila perlu berubat’.
Menyedari bahaya Kanser servik, sejak tahun lalu, penghasilan vaksin pencegah kanser servik sudah dihebahkan. Vaksin yang dikenali sebagai ‘Gardasil’ dihasilkan bukan sekadar mencegah kanser servik tetapi juga pra barah rahim dan pra barah vulva yang disebabkan HPV jenis 16 dan 18 selain mencegah ketuat genital yang disebabkan HPV jenis enam, 11,16 dan 18.
Gardasil diluluskan pihak berkuasa kawalan dadah Malaysia pada Oktober tahun lalu. Bagaimanapun, ia tidak melindungi pengguna daripada HPV jenis lain. Penggunaan vaksin ini diluluskan bagi gadis dan wanita berusia sembilan hingga 26 tahun. Ia diberikan menerusi tiga dos, selang dua bulan antara dos pertama dan kedua dan selang empat bulan antara dos kedua dengan ketiga.
Setiap satu suntikan bernilai antara RM450 ke RM500 dan buat masa ini hanya terhad di pusat perubatan swasta.
Diantara Simptom-simptom Kanser Servik:
•Pendarahan abnormal pada vagina
•Pendarahan selepas bersetubuh atau pemeriksaan pelvis
•Haid yang lebih lama dan lebih banyak berbanding biasa
•Pendarahan selepas putus haid
•Lelehan yang banyak dari vagina(Discharge berbau)
•Sakit pada pelvis
•Sakit semasa bersetubuh
KOMPLIKASI KANSER SERVIK JIKA LAMBAT DIKESAN DAN DICEGAH
ADAKAH ANDA SANGGUP DAN BERANI BERJUMPA DOKTOR.... ????

Jika seseorang wanita mengesyaki menghidap barah pangkal rahim.Mereka perlu berjumpa dengan Doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan.
Mereka boleh mendapatkan ujian pap smear dari klinik biasa atau pakar sakit puan mereka sendiri.Selepas itu,barulah wanita tersebut perlu berjumpa doktor Pakar dalam bidang barah untuk melakukan pengelasan peringkat atau ”staging” barah.
Peringkat awal,rawatan yang boleh dilakukan adalah membuang barah pangkal rahim,bagi mereka yang masih mahu mendapatkan anak dan masih pada peringkat paling awal,rahim mungkin boleh diselamatkan dengan membuang bahagian yang bermasalah sahaja..
Risiko untuk barah datang kembali bergantung pada tahap barah itu dikesan.Disebabkan itu,adalah penting bagi setiap wanita melakukan pemeriksaan ujian pap smear.Diharapkan apabila dapat dikesan,jangkitan virus ini masih lagi diperingkat Pra barah dan ia amat mudah untuk dirawat.Jika telah menjadi barah,diharapkan ia masih diperingkat awal,agar rawatan sepatutnya seperti pembedahan boleh dilakukan..
Berbanding dengan barah payudara yang boleh kita nampak,barah pangkal rahim perlu dikesan diperingkat awal,jika sudah memasuki peringkat yang tinggi.Rawatan yang hanya boleh dilakukan adalah radioterapi atau sekarang ini dengan kombinasi kemoterapi..
Biasanya selepas radioterapi dilakukan,banyak komplikasi jangka panjang yang akan muncul,Antaranya ialah menyebabkan kemaluan atau vagina menjadi sempit dan sekaligus hubungan kelamin tidak dapat dilakukan..juga terdapat risiko pendarahan usus dan wujudnya barah yang lain.
sumber : majalah tempatan

Berdasarkan intipati-intipati di atas..SOALAN berikut perlu ditanya pada DIRI ANDA yang MUNGKIN BERISIKO MENGHIDAPI KANSER SERVIK >>>>
ADAKAH ANDA SANGGUP DAN BERANI BERJUMPA DOKTOR.... ????
ADAKAH ANDA MAMPU MENANGGUNG KOS PEMBEDAHAN YANG TINGGI....???
ADAKAH ANDA SANGGUP MENERIMA KOMPLIKASI RAWATAN MODEN....???
''Sesungguhnya, tiada penyakit yang padanya tiada ubat''.Bagi anda sebagai golongan wanita sudah pasti sedikit berasa bimbang tentang menularnya kanser servik ini.Kepada anda yang mungkin telah mengalami simptom-simptom kanser,adakah anda mampu mengambil langkah pertama di atas?..dan kepada anda yang telah disahkan menghidapi kanser servik,adakah langkah kedua menjadi pilihan anda.?.. jika ya..tiada masalah bagi golongan yang kaya akan tetapi terpaksa menanggung kesan sampingan seumur hidup...!! namun bagaimana jika anda yang hanya menjalani kehidupan sederhana sahaja..!!,maka terpaksa mencari dana kos pembedahan hampir berpuluh ribu jumlahnya melalui media dan sebagainya..ataupun anda sekadar membiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan.?.NAMUN BEGITU......
INGATLAH SETIAP MASALAH PASTI ADA JALAN PENYELESAIANNYA..''DAN KESIHATAN ANDA ADALAH APA YANG ANDA SUMBANGKAN KEPADA DIRI ANDA SELAMA INI''.
APAKAH JALANNYA?,,SILA KE PAUTAN PRODUK...
Subscribe to:
Posts (Atom)